VISI - "Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia."

MISI - "Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia komited untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar dengan menggunakan sumber secara berkesan dan teknologi terkini."

OBJEKTIF - JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2000. Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

  • Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  • Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  • Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  • Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  • Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana. JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan. OBJEKTIF KUALITI JBPM Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9001-2000.

Bendera JBPMBENDERA RASMI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA  
  • Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain .
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi dikalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
  • 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah jabatan bomba dan penyelamat negeri-negeri.  
  • Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada pelanggan dan "stakeholders" ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  • Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.

Bendera JBPMLOGO JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA  
  • Bahagian atas logo JBPM, terdapt bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.
  • Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional. 
  • Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan Negeri Beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara.
  • Ikatan tali 'clove' melambangkan jabatan menjalankan kerja-kerja penyelamatan.
  • Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( a golden service) kepada komuniti.