PENYIASATAN KEBAKARAN
OBJEKTIF -
- Melaksanakan penyiasatan kebakaran secara saintifik dan sistematik dalam mengenalpasti sebab, punca dan hal kebakaraan serta mengemukakan syor-syor langkah pencegahan kebakaran dan penambahbaikan keberkesanan operasi pemadaman.
-
Melaksanakan pendakwaan kebombaan secara berkesan yang mampu memberi pengajaran dan kesedaran keselamatan kebakaran (deterrent).
-
Menggubal draf Akta-akta yang berkaitan dengan kebombaan dan peraturan-peraturan di bawahnya.
PIAGAM PELANGGAN -
Komitmen kami adalah untuk memastikan semua laporan siasatan kebakaran dan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta 341 dilaksanakan dengan sistematik.
Dengan itu kami berjanji akan:
- Mengeluarkan laporan siasatan kebakaran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas siasatan kebakaran dimulakan.
- Menyediakan kertas siasatan pelanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima.
KESELAMATAN KEBAKARAN
Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:-
- Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.
-
Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.
-
Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.
-
Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.
BAHAGIAN UDARA
VISI & MISI -Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.
OBJEKTIF -Menyediakan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.
PIAGAM PELANGGAN -
Komitmen kami adalah untuk memastikan perkhidmatan udara berkaitan penyelamatan dan kebakaran dilaksanakan dengan cekap.
Dengan itu kami berjanji akan:

- Menyediakan perkhidmatan udara pada sebarang masa.
-
Meminimumkan kerosakan harta benda dan kemusnahan alam sekitar.
-
Memberikan perkhidmatan paramedik (bantuan dan sokongan) untuk mengurangkan risiko kematian kepada mangsa.
-
Menyalurkan khidmat kemasyarakatan secara cekap dan profesional.
BAHAGIAN LATIHAN
VISI & MISI -Untuk menyediakan program dan pengurusan latihan kebombaan yang sistematik dan komprehensif demi menghasilkan tenaga manusia yang kompeten dan professional serta melahirkan masyarakat berbudaya keselamatan kebakaran.
PIAGAM PELANGGAN -
Komitmen kami adalah untuk mempertingkatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap, nilai dan amalan yang positif pada diri Pegawai Bomba dan masyarakat dalam aspek kebombaan.
Dengan itu kami berjanji akan:
- Mengemukakan surat tawaran kursus luar / dalam negeri kepada calon-calon yang layak sekurang -kurangnya 10 hari selepas diterima daripada organisasi-organisasi berkaitan dan akan mengemukakan borang permohonan kepada agensi berkenaan 8 hari selepas tarikh tutup permohonan oleh Bahagian Latihan.
-
Memberi ceramah dan demonstrasi berdasarkan perakuan permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak pada masa yang telah ditetapkan.
-
Memastikan bahawa proses latihan yang berterusan dan kemajuan kerjaya Pegawai Bomba akan diberi perhatian selagi seseorang itu bergelar Pegawai Bomba.
-
Menyediakan bentuk kursus dan latihan yang berkualiti memenuhi ciri-ciri MS ISO 9001:2000.
-
Menjalankan kajian, perancangan dan program bagi menyediakan sumber tenaga yang menepati kehendak Jabatan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
OBJEKTIF -
- Memastikan dasar dan perlaksanaan pembangunan kebombaan memenuhi piawaian dan matlamat oleh jabatan.
-
Memastikan perancangan dan pengurusan kewangan pembangunan dijalankan secara telus mengikut prinsip perbelanjaan seimbang dan peraturan.
-
Memastikan piawaian bahan ketahanan api dan sistem perlindungan kebakaran mematuhi kod amali dan peraturan keselamatan kebakaran.
-
Menghasilkan pengkalan maklumat kebombaan yang kemprehensif dan berguna untuk industri kebombaan dan pihak awam.
-
Menjadi pusat kecermerlangan di dalam bidang penyelidikan dan perancangan kebombaan di rantau ini.
PIAGAM PELANGGAN -
Komitmen kami adalah untuk memastikan pengurusan perancangan pembangunan, perolehan dan pembayaran dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
Dengan itu kami berjanji akan :
- Melaksanakan pembangunan fizikal kebombaan yang menepati keperluan teknikal, norma piawai, kualiti dan sumber kewangan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
-
Membuat proses perolehan peralatan dan kelengkapan mengikut dasar perancangan Jabatan, menepati prosedur piawai dan keperluan operasi, dalam jangkamasa yang ditetapkan.
-
# Merancang, mengurus dan memantau peruntukan kewangan pembangunan dengan cekap, mengikut peraturan kewangan kerajaan dan menepati jangkamasa yang ditetapkan.
-
Mengurus dan menyediakan baucer pembayaran tuntutan projek pembangunan dan perolehan dalam jangka masa empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap.